Friday, July 18, 2014

BAHASA MELAYU KLASIK VS BAHASA MELAYU MODEN DARI SEGI TULISAN

Minggu kedua : 11/7/2014
Soalan tutorial ;
  •  BAHASA MELAYU KLASIK VS BAHASA MELAYU MODEN DARI SEGI TULISAN
BAHASA MELAYU KLASIK VS BAHASA MELAYU MODEN DARI SEGI TULISAN
BAHASA MELAYU KLASIK
  •    Sebelum memasuki zaman Bahasa Melayu klasik, Bahasa Melayu telah mengalami satu zaman transisi yang dikenali sebagai Zaman Melayu Praklasik.
  •    Pada zaman ini aksara yang digunakan ialah skrip kawi
  •    Abad ke-11 hingga abad ke-14

CONTOH SKRIP KAWI
BAHASA MELAYU KLASIK


Ø  Pengaruh Islam dan Arab terhadap Bahasa Melayu amat ketara pada masa tersebut
     Budaya
     Tulisan
Ø  Bahasa yang digunakan pada masa tersebut masih menggunakan Bahasa Melayu Kuno dengan pengaruh Bahasa Sanskrit
     Disebabkan oleh zaman perantaraan antara zaman Melayu Kuno dan zaman Melayu Klasik
Ø  Dari zaman transisi inilah Bahasa Melayu mengalami evolusi yang kedua sehingga mempunyai aksaranya sendiri, iaitu aksara Jawi
BAHAN BUKTI / PENEMUAN
BATU BERSURAT
1. Batu bersurat sungai teresat ( 1303m ), titik permulaan Bahasa
    melayu klasik

2. Batu bersurat pagar ruyung ( 1356m )

3. batu bersurat minye tujuh ( 1380 ),
      ASPEK PERUNDANGAN
   
     1. HUKUM KANUN MELAKA
   
     2. HUKUM KANUN PAHANG


PERBEZAAN ANTARA BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU MODEN


BAHASA MELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU MODEN

1.    TIADA PERANCANGAN BAHASA
2.    BANYAK DIPENGARUHI OLEH BAHASA ARAB
3.    MENGGUNAKAN LARAS BAHASA SASTERA LAMA
4.    BANYAK MENGGUNAKAN AYAT PASIF DAN AYAT SONGSANG
5.    BANYAK MEMANFAATKAN BAHASA ISTANA
6.    AYAT BERULANG DAN BERBELIT-BELIT
1.MELALUI PROSES PERANCANGAN BAHASA YANG PESAT
2.BANYAK MENERIMA PENGARUH BAHASA INGGERIS
3.MENGGUNAKAN LARAS BAHASA YANG PELBAGAI
4.BANYAK MENGGUNAKAN AYAT PASIF
5.BANYAK MEMANFAATKAN KOSA KATA BAHASA MOD

SISTEM TULISAN DAN EJAAN BAHASA MELAYU KLASIK

Ø  Pada awal perkembangan, system tulisan yang digunakan masih menampakkan pengaruh kebudayaan India.
            a. Batu Bersurat Pagar Ruyung ( 1356M )
            b. Batu Bersurat Minye Tujuh ( 1380M )
Ø  Namun apabila kebudayaan Islam bertapak di Kepulauan Melayu, tulisan pada batu-batu bersurat mula menampakkan perubahan
Ø  Pada mulanya, Bahasa yang digunakan merupakan bahsa Arab dan tulisan Arab Kufi
Ø  Bukti pertama yang menunjukkan tulisan Arab mula digunakan dalam Bahasa Melayu terdapat pada Batu Bersurat Terengganu/ Sungai Teresat ( 1303M )
Ø  Tulisan yang digunakan ialah tulisan Jawi

TULISAN JAWI

      Sistem tulisan yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiri
       Ditulis dari kanan ke kiri dan tidak mempunyai huruf besar dan huruf kecil
       Bentuk huruf-hurufnya akan berubah apabila ditulis secara tunggal atau berantai/bersambung
       Dalam Daftar Ejaan Melayu  oleh Za’ba, jumlah huruf yang terdapat dalam  sistem ejaan Jawi ialah 33 huruf

TATABAHASA BAHASA MELAYU KLASIK
  •     Ciri-ciri tatabahasa melayu klasik dapat ditinjau daripada aspek penggunaan perkataan, imbuhan, dan struktur ayat
  •     daripada askpek penggunaan perkataan, Bahasa melayu klasik banyak menggunakan Bahasa istana, kosa kata klasik, kata pangkal ayat, partikel penegas, dan kosa kata daripada Bahasa arab



TULISAN MELAYU KLASIK VS MODEN BAHASA MELAYU KLASIK

HURUF JAWI
SEBUTAN
PADANAN HURUF RUMI
ا
alif
a
ب
ba
b
ت
ta
t
ج
jim
j
س
sin
s

HURUF JAWI TAMBAHAN YANG DICIPTA OLEH ORANG MELAYU SENDIRI DALAM BAHASAMELAYU MODEN

      Pa      ( ف   )
      Nga   (   غ  )
      Ga     ( ک   )
      Nya   ( ث   )
      Ca     (  چ   ) 

PENGGUNAAN BAHASA ISTANA DALAM MELAYU KLASIK         

Bahasa Istana
Bahasa Biasa
Santap
Makan
beradu
tidur
gering
sakit
bersiram
mandi
baginda
Dia, beliau

PENGGUNAAN KOSA KATA KLASIK DALAM MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Moden
Masyghul
Dukacita, sedih
Berahi
Cinta
Ceritera
Cerita
Kemaluan
Kehinaan
Keras
Kencang

PENGGUNAAN KATA PANGKAL AYAT BAHASA MELAYU KLASIK

  •  Penggunaan kata pangkal ayat ( perdu kata ) dalam Bahasa Melayu Klasik pula terlihat menerusi penggunaan kata-kata seperti Alkisah, Hatta, Syahadan, dan Arakian


KOSA KATA BAHASA ARAB BAHASA MELAYU KLASIK

  •       Penggunaan kosa kata daripada Bahasa Arab terlihat melalui pemakaian kata-kata Allah taala, makhdum, daulat, wallahualam, takzim, ainulbanat, dan sebagainya.


IMBUHAN AWALAN/ AKHIRAN/PARTIKEL –lah, -pun

Bahasa Melayu klasik
Bahasa Melayu Moden
Batu pun habis berpelantingan
Manusia-wi
Dibawa-lah
Sub-judul
Mesra-lah
Auto-mobil

SINTAKSIS BAHASA MELAYU KLASIK

  •  Ditinjau daripada sudut sintaksis pula, beberapa ciri ayat Bahasa Melayu klasik dapat dikesan.

  1. Banyak menggunakan ayat majmuk
  1. Banyak menggunakan ayat songsang
 “ Feringi berperang dengan orang Melaka”                  --- biasa
“ Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka”  --- songsang
  1. Menggunakan ragam ayat pasif
       “ Ali menendang ayam”          --- aktif
       “ Ayam ditendang oleh Ali”    --- pasif

No comments:

Post a Comment