Friday, July 18, 2014

FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MELAYU MODEN

Minggu ketiga : 17/7/2014
Soalan tutorial ;
  •  FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MELAYU MODEN
BAHASA MELAYU KLASIK
LINGUA FRANCA

       merupakan bahasa perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya.
       Bermula pada abad ke-16

BUKTI

       Daftar Kata Melayu-Itali(Berdasarkan penuturan penduduk PULAU TIDORE) oleh Antonio Pigafetta (1521M)
       Catatan JAN HUYGHEN VAN LINSCHOTEN (Orang Belanda yg pernah tinggal di indonesia anatara tahun 1586-1592) menyatakan bahawa BM bukan sahaja sangat harum namanya, malah bahasa paling dihormati  antara negeri timur

TUJUAN

       Memudahkan hubungan perdagangan antara orang barat dan tempatan.

BAHASA PENTADBIRAN

       Bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan
Fungsi :
1. Urusan surat-menyurat dalam kalangan Raja di kepulauan melayu
2. Surat-surat izin perniagaan kepada pihak asing seperti pedagang asing  (Dalam BM klasik)
       Bahasa Melayu Klasik menjadi bahasa pentadbiran  kerana:
  1. Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa lain.
  2. Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa Melayu
BAHASA ILMU

       Bahasa Ilmu terlihat pada zaman kerajaan Aceh.
       Cendekiawan Melayu menghasilkan karya ilmu dalam bahasa Melayu Klasik seperti ILMU TASAWUF & FALSAFAH ISLAM.
       Kepesatan perkembangan ilmu pada zaman tersebut memberi kesan terhadap bahasa melayu klasik kerana pelbagai karya dihasilkan untuk menjadi rujukan.

Tokoh Penulis :
  1. HAMZAH FANSURI : Syarab al-Asyikin, Asrar al-Arifin
  2. Syamsuddin al-Sumaterani : Miratul Mukmin,Juahar al-Haqaiq,Miratul Iman, Miratul Haqiqah, Syarah Miratul Qulub & Kitab al-Martabat
  3. Syeikh Nuruddin al-Raniri :Al-Siratul  Mustaqim, Al-Tibyan Fi Ma’rifh al-Adyan, dan Asrar al-Insan Fi Ma’rifah al-Ruh wa al-Rahman
  4. Abdul Rauf al-Singkel : Turjumal al-Mustafid, Umdat al- Ahkam dan Kifayat al-Muhifajin.

Turjumal al-Mustafid

Syarab al-Asyikin


BAHASA UNDANG-UNDANG
       Undang-undang digubal oleh Penulis Istana dengan Perintah Raja
       Undang-undang yg digubal menjadi peraturan yang diamalkan oleh raja-raja melayu untuk mentadbir negeri
       Undang-undang ditulis dalam bahasa melayu klasik.
Naskhah Undang-undang melayu (Aspek Perlembagaan)
  1. Kedudukan raja dan pembesar
  2. Susunan pentadbiraan negara
  3. Undang-undang jenayah
  4. Perdagangan
  5. Kekekluargaan
  6. Perwarisan
  7. Pertanian
Contoh Naskhah : undang-undang melaka, Undang-undang pahang, Undang-undang kedah, Undang-undang perak dan undang-undang johor
MANUSKRIP UNDANG-UNDANG MELAKA

BAHASA MELAYU MODEN
BAHASA KEBANGSAAN

0         Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden (Syair Singapura Terbakar 1930)
0         Merupakan sebuah bahasa yang menjadi lambang serta identiti sesebuah negara
0         Kepesatan dalam bidang perdagangan antarabangsa pada masa dahulu menjadikan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.
BUKTI

0         Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

TUJUAN

0         Menjadi bahasa pengantaraan di antara kepelbagaian masyarakat majmuk di Malaysia
0         Memudahkan komunikasi

BAHASA PENTADBIRAN

0         Bahasa melayu menjadi bahasa rasmi yang digunakan dalam sistem pentadbiran
0         Masih mempunyai pengaruh bahasa melayu klasik dalam penggunaan sistem bahasa seperti bahasa istana (patik, bersiram dsb)
0          Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun

BAHASA ILMU

0         Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu.
0         Usman Awang (12 July 1929) merupakan antara sasterawan negara yang menggunakan bahasa melayu moden sebagai bahasa yang digunakan dalam karya beliau.


BAHASA UNDANG-UNDANG

0         Bahasa melayu moden kini digunakan dalam sistem perundangan negara
0         Digunakan dalam sistem kehakiman di negara
0         Termaktub dalam perlembagaan negara dalam bentuk Artikel 152 Fasal (1) yang menetapkan bahawa bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Bagaimanapun proses menerapkan penggunaanya dalam bidang perundangan dan kehakiman ditangguhkan selama 10 tahun, itu pun bergantung pada pertimbangan dan keputusan Parlimen sebagaimana yang diperuntukan dalam Fasal (4) dan Fasal (5) 













No comments:

Post a Comment